Aplikasi Iman Pro Kini Boleh Dimuat-Turun Melalui Google Play Store

By Hafizuddin Zulkifeli
Aplikasi Iman Pro Kini Boleh Dimuat-Turun Melalui Google Play Store
Setelah memulakan pembangunan dan menawarkan versi ujian beta dalam bentuk APK, kini pembangun aplikasi Iman Pro melangkah ke fasa seterusnya, dan telah mula menawarkan aplikasi Iman Pro secara terus melalui Google Play Store.
sss

Ini sekaligus memudahkan orang ramai untuk memuat-turun aplikasi ini terus ke peranti melalui gedung aplikasi Google, dan seterusnya mengemaskini dengan mudah setiap kali versi baharu ditawarkan. Pembangunnnya memaklumkan yang aplikasi ini masih lagi pada versi beta, dan boleh digunakan bukan sahaja melalui telefon pintar, tetapi juga jam tangan pintar WearOS.

Iman Pro menawarkan akses kepada sejumlah informasi penting, termasuk waktu solat, al-Quran, al-Mathurat, Manzil, dan sebagainya. Ia turut menawarkan antaramuka yang kemas dan tidak serabut dengan pelbagai lambakan informasi lain.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Iman Pro hari ini terus melalui Google Play Store.

 

zsdczxczxczxczczczxc

dsasdasdaasda

ssfsdfsdfsdfsdfsdfsdsdfsdfsdf